10 Sebab Kenapa Nak Kahwin Awal
1. Sudah Ada Yang Berkenan Di Hati
Untuk pengetahuan abah dan mama, saya telah menjumpai insan yang berjaya
menarik segala perhatian saya kepadanya. Senang cerita, saya telah
jatuh hati dengan dia. Orangnya baik,kuat agamanya,mempunyai ciri-ciri isteri dan
anak yang soleh,rajin,seorang yang bijak dan yang paling penting dia
sudah bersedia untuk menjadi seorang isteri yang baik dan juga seorang
ibu yang hebat! Orangnya sudah ada, kenapa perlu ditangguhkan lagi kan?
2. Ingin Menjaga Mata, Hati Dan Kemaluan
Mama dan abah yang dikasihi, memang perkahwinan ini bukan satu ruang untuk memuaskan nafsusemata. Namun kita perlu terima hakikat penciptaan manusia itu
sendiri,kita diciptakan bersama dengan nafsu. Setinggi mana iman saya
pada waktu itu, saya tetap tidak mampu untuk melarikan diri dari zina
mata,zina hati dan minta jauh pada zina kemaluan. Kiri kanan depan belakang saya sentiasa berhadapan dengan wanita. Tidakkah lebih baik jika pernikahan ini dipercepatkan agar mata,hati dan kemaluan saya lebih terjaga dari fitnah-fitnah ini?
3. Mencari Ketenangan
Apa perasaan mama dan abah bila mula-mula kahwin dulu?
Mesti mama dan abah rasa sangat-sangat tenang kan? Bila dah ada orang
tersayang kat sisi,jiwa sangat-sangat tenang. Ni bukan saya reka cerita.
Ni dalam quran pun ada sebut. Ketenangan ini yang saya perlukan.
Ketenangan dalam jiwa,ketenangan bila ingin beribadah dan juga ketengan
dalam menuntut ilmu. Susah tau nak fokus dalam pelajaran bila jiwa meronta-ronta.:)
4.Teman Dalam Pelajaran
Abah dan mama risau pelajaran saya akan terganggu bila saya kahwin awal
ye? Siapa cakap terganggu? Saya akan lebih bersemangat. Kahwin ini bukan
matlamat hidup saya.
Kahwin ini untuk melancarkan lagi perjalan saya menuju matlamat hidup
saya yang utama. Isteri saya nanti boleh bersama saya,memberi sokongan.
Kami boleh berlawan-lawan dalam mendapat keputusan yang lebih baik.
Bukankah ini satu persaingan yang sihat? Dengan pasangan yang halal
pulak tu kan?:)
5. Teman Dalam Kehidupan
Ini mungkin perasaan peribadi dari diri saya sendiri. Setiap manusia
inginkan pasangan,ini fitrah. Mungkin naluri ini kelihatan terlalu awal
menggelegak dalam diri saya ini namun kita tidak boleh bunuhnya begitu
sahaja. Saya merupakan anak bongsu. Adik beradik saya semua sudah berkahwin.
Secara jujurnya,sekarang saya selalu rasa sangat sunyi. Bila datang
masa saya jatuh sakit, Ya Allahh..terasa sangat memerlukan seseorang
berada disisi. Mama,dulu mama boleh menjadi penemansetia saya.
Namun sekrang saya sudah berada sangat jauh dari mama. Saya perlukan
seorang teman. Teman yang mampu mengambil tugas seorang ibu.
6. Teman Dalam Perjuangan
Kehidupan ini merupakan satu perjalanan menuju satu destinasi yang
abadi. Ujian dan cubaan itu satu perencah dalam kehidupan ini. Saya
boleh dan mampu menempuh semua ini seorang diri. Namun ada kalanya saat
saya jatuh tersungkur,sedikit payah untuk saya bangun semula. Alanglah
indahnya ada seorang insan yang menjadi teman setia dalam perjalanan
ini. Lebih kuat dan teguh saya dalam perjalanan ini. Lebih laju dan
berkualiti setiap masa kami. Saya dalam kesedihan,dia boleh menjadi
pengubat duka. Saya sedikit terlari dari landasan,dia boleh kejutkan
saya dan sama-sama mendirikan solat tahjud di malam hari. Kami tidak mahu menjadi manusia biasa,kami ingin menjadi pejuangagama,bangsa dan negara!
7. Hilang Fokus
Mama dan abah yang amat saya cintai, masih kalian bersama saya? Mari
kita teruskan. Saya ada cita-cita yang sangat besar. Saya bukan seorang
budak univeriti yang tidak beragenda. Habis belajar,kahwin,dapat
anak,sambung belajar sampai phd,pergi kuliah-kuliah agama,beli harta
banyak-banyak sebagai aset dan seterusnya sehingga ajal menjemput. Saya
bukan berfikiran tipikal rakyat sebegitu. Saya ingin membina ummah. Dan
perjalanan ini sangat payah dan panjang. Namun buat ketika ini,hampir 50
peratus fokus saya telah hilang. Kerana gangguan perasaan dan faktor
lain. Saya amat risau saya gagal sampai ke desitnasi. Saya memerlukan
fokus itu kembali!
8. Remaja Lebih Produktif
Produktif ini bukan sahaja merujuk kepada zuriat hasil dari perkahwinan
ini. Saya ingin buang jauh-jauh slogan sebegini “Rileks laaa..Muda lagi
untuk kahwin. Enjoy dulu. Nanti menyesal baru tau.”. Slogan ini tidak
ada dalam kamus hidup saya. Enjoy dulu? Saya takut tempoh enjoy ini saya
sia-siakan dengan perkara yang langsung tidak memberi faedah kepada
diri saya dan juga ummah keseluruhan. Tidak merasa rugi ke? Lagi saya
takut jika dalam tempoh ini saya terus terjatuh kedalam arus maksiat.
Nauzubillah! Bila saya berkahwin pasa usia yang muda,
ruang untuk melakukan perkara-perkara “enjoy” sedikit sebanyak sudah
tertutup. Saya selamat. Saya boleh fokus untuk terus berjuang dan
berjalan berlari menuju matlamat yang hakiki itu.Saya takut saya mati
dalam tempoh “enjoy” itu. Apa saya dapat? T_T
9. Menjadi Lebih Bertanggungjwab
Semoga dengan perkahwinan pada usia muda ini
menjadikan saya seorang yang lebih bertanggungjwab dan matang. Sekarang
ini pun saya sedang berusaha menjadi seorang yang bertanggungjawab.
Mama dan abah taknak ke seorang anak yang matang dan bertanggungjwab?
Atau nak seorang remaja biasa yang pada umur sekitar saya ini yang masih
keluar lepak malam tanpa arah tuju dan agenda? Lepak di kedai mamak
sehingga lewat malam semata-mata untuk menonton perlawanan bola sepak.
Mesti tidak berkenan dengan jenis sebegini kan? Dengan sifat
tanggungjawab ini, tidak sanggup saya bermudah-mudah dalam pelajaran
saya. Ini masa depan saya. Insyaallah,tanggungjawab ini juga mampu
menjadi pembakar obor semangat saya untuk berjaya dalam pelajaran
dengan cemerlang.
10. Menjadi Anak Yang Soleh
Saya ingin berkahwin awal ini
pun bukan satu perkara seronok-seronok,hanya untuk memuaskan nafsu
sahaja. Tapi ini juga salah satu kerangka dalam berubudiyyah kepada Allah. Salah satu jalanuntuk
saya lebih dekat dan taqarrub dengan Dia. Semoga segala cabaran yang
mendatang ini menjadikan saya lebih dekat dengan Allah. Lebih beriman
dan menjadi hamba yang
taat. Bila Allah cakap saya perlu menjadi anak yang soleh dan taat
kepada kedua ibu bapa, saya sebagai hamba Allah yang taat akan
menyerahkan seluruh hidup untuk menjadi anak yang soleh. Mama dan abah
mesti gembirakan bila dapat anak sebegini? Doakan saya menjadi anak yang
soleh.
Dah habis dah? Ada satu lagi, Extra! Hehe..
11.Dapat Menantu Perempuan Cepat
Nampak seperti gurauan, tetapi itulah hakikatnya.Haha! Setelah empat
kali menyambut menantu lelaki sahaja, tak teringin menantu perempuan
cepat-cepat ke? Hehe.. Mama.. Abah.. Bila kahwin ini, mama dan abah
tidak kehilangan saya. Jangan risau,mama abah bukan kehilangan anak.
Sebaliknya,mama dan abah mendapat anak baru. Makin bertambah dan
berkembang keluarga kita. One Happy Family!:D